Thursday 13 December 2012

pErJaLAnAn ItU......


perjalanan mereka bermula tanggal 29/11/2012...di mana mereka datang dari pelbagai negeri...dari negeri dibawah bayu sehingga ke selatan tanah air.. tiada jarak dn masa yg boleh di lepaskan...namun mereka berani untuk menghadapi cabaran sebagai student english intensive program selama 2 bulan....fuh...siapa yang mampu untu menghadapinya...bagi mereka yang datang dari sabah dan sarawak....kos srta kerinduan amat tinngi bgi mereka...demi mencapai satu kejayaan dalam hidup mereka perlu jua melepaskan sesuatu yang mereka sayang....

merekalah adik2 saya serta menti saya ketika saya menjadi mentor untuk program ini....dengan kerjasama mereka berjaya membentuk satu kumpulan yang diberi nama "AURORA SYNERGY"...nice an nama nie...tgok lah sape mentornya...huhuhuhu.... 

perjalanan itu telah membawa mereka untuk mengenal dan mencari apa yang terpendam dalam diri mereka...mungkin setelah persahabatn yang diterima...mereka berjaya untuk membentuk pasukan yang kuat...kerana mereka telah memenangi banyak pertandingan pada masa "ICE BREAKING CONCERT"
mungkin sedikit kekusutan dan sedikit kapayahan menjadikan aku jua turut bersabar dan menjadikan mereka lebih kuat dari pasukan yang lain....dengan theme yang diberi "INTEGRATION"....mereka berjaya membentuk satu kerjasama yang begitu menakjubkan....

buat adik2 akak...ini hanyalah sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan...jgan pernah give up terlalu awal kerana kita masih belum mencuba lagi....dan "CONGRATULATION"....akak ucapkan buat kamu semua...

 ada pulak yang menyibuk....hahahah...nak enter frame je....pape pun xpe...akak xmarah.... 
 nilah...4 orang hero saya yang berasal dari sabah, sarawak and kelantan....cute k???
semoga...pengenalan mereka hingga ke akhir....
cantik an heroin2 saya...terima kasih kerana terima akak sebgai mentor korang yang pling sporting...hahahah... 
tetap dalam kenangan...."TAHNIAH"...sekali lagi....

Monday 10 December 2012

nak tau nie sape???
nama dia jasrin and he will present at our concert... for (intensive bahasa inggeris)...
actually he would sing a song... how could this happen to me...enjoy...
maybe xberapa ok video ni...hihihi...
harap2... dia akan membuat org lain lebh terpukau....

Monday 8 October 2012

HaNyA dIa yAnG sAtU....

"Saya dah ada KEKASIH,
DIA akan HUBUNGI saya Setiap Hari, 5kali Sehari
DIA yang Paling FAHAM saya, dan Apa-apa pon DIA KENAL sangat saya,Kalau saya Susah ke ataupun saya Sakit, DIA selalu ada masa untuk saya,DIA tak pernah lupa JANJI DIA, untuk sentiasa BERADA diSISI saya..." :)
 ♥♥♥

Hanya DIA yang SATU..

mungkin kita pernah dengar ayat ini dalam satu movie... "salam cinta"...tapi fahamkah kita akan maksudnya?? ye aku cuba memahami dan memasukkan ke jiwa dan sanubari aku...memg dia bukanlah tandingan kita...kerana kita hanyalah hamba-hambanya yang lemah...memikirkannya hanya bila kita lemah...dimana kita ketika kita sihat ketika kita kuat ketika kita bergembira...lupa kita akan kewujudannya...mashaallah....hinanya kita...sedangkan kita  tidak pernah lupa akan kekasih kita,jika mereka sakit laju shaja kita menghadap mereka...tetapi ALLAH???? 

aku bukanlah sesiapa yang suci mahupun sempurna jiwa....kerana aku sendiri berdosa dan membuat kesalahan....tanpa aku sedari aku lupa akanNYA...namun bila aku jatuh bila aku kecewa...DIA ada untuk membantu lukaku yang hampir-hampir membawaku ke lembah yang kosong dan paling dalam...aku tidk berdaya ketika itu...aku hilang pertimbangan aku hilang segalanya dengan sekelip mata...namun DIA tidak pernah membuat aku rasa kehilanganNYA...DIA memahami aku namun aku tetap alpa....

adanya DIA aku kembali memulihkan semangat....aku kembali untuk memuhasabahkan diriku...bantuan dan semangt yang ada yang diberi oleh keluarga dan sahabatku...aku jdi semakin sebak kerana aku hampir lupa akan mereka...gara-gara cinta seorang lelaki yang palsu...aku lupakan mereka seketika....tapi kini aku ingin berterima kasih atas perpisahan ini...kerana aku belajar untk menjadi lebih kuat...belajar unuk mendekatkan diri terhadap penciptaku...ibuku...membuatkan diri aku berada ditempatku sekarang...aku semakin mengerti akan hidupku...umurku jua mengajar aku....aku ingin menutup seketika hatiku ini untuk terus menerima cinta dari seorang lelaki...kerana aku takut aku akan kembali alpa...jauh dariNYA...jika aku bercinta maka aku memohon agar bakal imamku mencintai ALLAH terlebih dahulu kerana aku juga sedang mencari cinta ALLAH dan sinarNYA....aku juga ingin menjadi makmum yang sentiasa dirhedai ALLAH dan sentiasa dijalannya...

ini harapanku....






Sunday 30 September 2012

KePaDaNYA kUsErAhKAn SeGaLaNyA

sejenak aku berfikir... benarkah apa yang aku inginkan...melepaskan segala perasaan ini agar sidia dapat memahami...aku cuba untuk merealisasikan perasaan ini, namun...aku pasti bukan mudah untkuku meluahkannya...aku semakin bingung sama ada aku perlu simpan dan pendam atau merhedakan segalanya demi kebahagian dia atau demi persahabatan kami...aku sayangkn dia kerana dia sahabat yang baik...mugkin aku akan lepaskan perasaan cinta buatnya...kerana aku tidak mahu sahabatku hilang...biarlah dia bahagia dengan apa yang dipujakan...

cinta dan kasih pasti akan datang buat diriku..namun aku perlu sabar dalam menunggu jodohku sendiri...aku hanya mendoakan yang terbaik akan tiba selepas ini...biarlah yang datang itu baik atau jahat, kacak atau xberapa kacak, tinggi atau rendah mahupun kaya atau tidak berharta...aku ikhlas kerana aku bukanlah sesiapa yang perlu memilih kerana aku sendiri ada buruk baiknya...tetapi andai aku diberi pilihan...maka aku berdoa agar dikurniakan seorang bakal pemimpin yang boleh membawa aku kearah jalan yang diredhai illahi..seorang suami yang soleh dan boleh memimpin aku serta mampu mempertahankan rumahtangga kami nanti hingga kesyurga...itu harapanku...namun untuk itu...aku sendiri perlu berubah untuk menjadi seorang yang soleha dulu..berubah demi kebaikan itu tdak salah...

"don't judge me by my past...because i did not live in that life 
anymore"..
.kata-kata ini menyedarkan aku untuk meneruskan hidup agar tidak ada lagi mana-mana manusia yang akan mengungkit sejarah silam diriku...sejarah hanya tinggal sejarah..aku ingin menjadi seorang yang baru dan hidup diredhai allah..kerana aku juga manusia yang perlu dipimpin...aku bukanlah manusia yang kuat jika dilihat dari fizikal diriku...mungkin aku kasar namun aku ingin dimanja dan disayangi...kerana aku juga wanita yang perlu kasih dan sayang yang abadi...apa yang mampu aku katakan...takdir ini kuserahkan kepadaNYA...hidupku juga kuserahkan padaNYA...kerana aku hanyalah hamba yang hina....










Saturday 7 July 2012

kErInDuAn.....

ketika ini aku baru terfikir dan aku merasa sesuatu kerinduan....di mana aku amat merindui seorang insan yang bernama abah...kenapa abah pergi meninggalkan kami...kenapa tinggakan mak dengan hutang2 abah n kenapa abah pergi tanpa berita...kenapa abah??tidak wujud lagikah kasih sayang abah untuk kami....??

kerana abah meninggalkan kami...aku dapat rasa perubahan dalam hidup kai...adik2 aku terbiar...aku sendiri  ketandusan di tengah2 padang pasir yang asing...almost 3 years kita tak berjumpa....kenapa sekarang abah tinggalkan kami bukan ketika kami masih kecil....abah kejam....abah telah merobek2 perasaan aku,mak dan adik2 aku....kebencian pernah wujud dalam hati ini namun aku tak boleh membenci seorang insan yang bergelar abah....

abah....hilangmu dari hidup kami membuatkan aku lebih kuat untuk menjalani kehidupan ini...kerana aku seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang,dan kini aku banyak mengalami kehidupan yang agak jauh tersimpang sebeum ini....mujur ALLAH masih sayangkan aku...aku kembali kepadaNYA....alhamdulillah...aku inginkan keluarga aku semula....

walaupun hampir ke angka 22 tahun...aku masih tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna...aku inginkannya,namun aku tahu mungkin belum masanya....dan aku terlalu inginkan satu keluarga yang cukup besar dan aman sejahtera....

right now i know how my life n how my heart....something was missing at some time i need it....i really2 need my family to became like my children past....no harmful,no interruption and no other bad feeling....

i'm sad :-(

Sunday 17 June 2012

mY fAmiLy

nilah adik beradik aku,7 orang sumanya....kak long,kak ngah,abang lang,aku,adik perempuan aku yg 2 tu,n my younger brother...bersama ibu aku...hari tu merupakan hari kami berkumpul satu keluarga n aku gembira kerana kami dapat berkumpul bersama akhirnya,sebagai keluarga yang lengkap,walaupun tiada seorang bapa disisi kami...

aku tidak pernah rasa sebahagia begini,kerana kami adik beradik tidak pernah berkumpul ramai2,aku pasti akan rindukan saat ini.buat ibu yang paling aku cinta,i will love you more than myself.Cinta aku untuk ibu pasti akan lebih dari cinta buat kekasih....sesusah mana pun hidup aku dulu,hanya ibu yang sentiasa disisi...maafkan aku kerana pernah menyakitimu..bukan niatku,namun aku terpaksa...ampunkan anakmu ini....

ibu hanya kau dihati....

Saturday 19 May 2012

InTeNsiVe EnGLiSh pRoGrAM

entry untuk hari nie...tentang program yang aku ikut..iaitu program intensive bahasa inggeris di kolej teknologi alpha seremban 2...aku ikut program ni sebagai mentor kepada pelajar yang daftar msuk....nak kata best jadi mentor ni...emm best r jgak...,tapi baru aku tahu jga budak yang berumur 20 tahun ni bnyak cabarannya...mana nak layan kerenahnya,nak beri nasihat n nak jaga tingkah laku mereka lagi...seriously it's to tired...but i volunteer myself,so i does not regret...

6.5.2012, tepat jam 9.00 pagi ramai yg dtg untuk program yang diberikn...buat aku semua tu xjdi msalah...sebb aku ok je...skrg ni pun aku ok...selagi dorg xbuat msalah dgn aku selagi tu aku jaga dorg mcm adik2 aku...selama seminggu kami memulakan hari sebagai mentor membuat aku lebih sabar dlm menghadapi hari2 aku...hahahahahah....sebb nk mrh xbleh anak org..so tegur jlah....nk dengar dorg dngr... xnk pun xpe sbb dorg yg rugi....ok....,ni ada beberapa gambar masa dorang tgh berlatih...aku jaga group B iaitu group yg diberi nama FLOTILLA.....sedap an mcm bunyi aiskrim...hihihi...ape2 pun aku gembira sbb group aku ni sporting n bleh diharap...itu aku suka...bila bagi task dorg buat n task yg pertama untuk 1st concert adalah bertemakan kerjaya...n we make an drama (title as a office hour)....jdi ni lah gmbar latihan yg dorang lakukan...tempat seperti city park pun menjadi mangsa tempat latihan dorg..hahahah...sbb aku xnk dorg stress gila2...nti aku yg sush...huhuhu  :-).....so enjoy.....
















so nti akan diupload lgi untuk minggu seterusnya...ni pun bnyak lgi...just ambil skit2 je....

Wednesday 9 May 2012

LaGi-lAgI rEsePi


SUP KOBIS DAN KENTANG
Bahan- bahan :

1/2 biji kobis (saiz kecil) -  hiris nipis 
2 - 3 ulas bawang kecil dihiris nipis
1 ulas bawang putih - pecahkan/hiris nipis
1/2 atau 1 biji lada merah dihiris nipis
beberapa ekor udang sederhana besar (lagi banyak lagi bagus sebab udang membuatkan sup rasa manis)
sedikit kiub ikan bilis (Boleh juga ganti dengan kiub ayam).
p1-2 biji kentang - dipotong ikut citarasa sendiri,jika ingin cepat empuk potong dadu kecil-kecil 
garam secukup rasa
air secukupnya 
sos tiram ( jika mahu) 



Cara-cara

1. Tumis serentak bahan hiris , kiub ikan bilis, dan udang. Biarkan sehingga naik bau.

2. Masukkan potongan kentang dan air. Biarkan sampai kentang empuk.

3. Masukkan sedikit sos tiram (boleh juga semasa awal menumis tadi) dan hirisan kobis tadi. Masukkan garam secukupnya ikut selera dan citarasa anda.

4. Biarkan seketika hingga menggelegak semula (terserah anda jika suka kobis tu layu atau sedang-sedang layu) dan tutup api.

Tambahan:


Semua bahan-bahan di atas anda boleh lebihkan atau kurangkan mengikut selera anda.

Saiz hidangan : 1 -2 orang

Monday 7 May 2012

kEjAyAaN.....iMpIAn.......

aku ada impian dan pasti yang lain ada impian mereka tersendiri...impian aku banyak,some of my dream had come true....sekarang ni pun aku tengah cuba untuk terus mencapai impian aku yang masih belum tercapai...kalau nak tahu impian aku,aku bloleh bagi tahu...tapi mesti ada yang mentertawakannya....kenapa aku cakap macam ni?sebab aku pernah mengalaminya...bukan sikit yang ketawa tapi ramai...dan itulah salah satu sebab kenapa aku inginkan kejayaan...aku nak membuktikan apa yang aku impikan selama ni akan aku peroleh demi diri aku sendiri dan mak aku...kerana ada impian yang aku dan mak kongsi...

impian-impian aku.....

1) memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan...
    upsr (alhamdulillah dah settle n very succesfull)
    pmr (sama juga aku berjaya mengharunginya dengan keputusan 3A 6B),mugkin tiada A yang banyak tapi      
    aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh.
    spm (telah aku lakukan yang terbaik sehingga berjaya memperoleh a good result..)
    stpm (aku memang bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat stpm supaya mudah aku sambung
    dalam degree)dan keputusannya pun melayakkan aku...

Dan sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran dalam degree pula iaitu BBA (hons)in technology    management.Alhamdulillah baru-baru ni aku terima anugerah dekan untuk semester yang ke-2,dan aku harap aku akan berjay merangkul anugerah dekan untuk sem-sem yang akan datang...

2) mendapat lesen kereta selepas tamat spm
     impian yang ini telah pun tercappai dan kini aku telah pun mempunyai lesen memandu dan telah hampir 6
     tahun aku telah memandu tanpa berlakunya kemalangan yang besar.

3) membeli sebuah kereta atas nama aku sendiri....
   mengikut kiraan yang telah aku lakukan aku akan membeli sebuah kereta selepas tamatnya pengajian
   aku di peringkat degree...insyaallah...

4) bekerjaya sebagai seorang pegawai bank/pensyarah dimana-mana ipt....
    kerana sejak kecil lagi aku berminat untuk menjadi seorang pensyarah....amin...

5) membeli rumah sendiri buat mak tercinta.... 
   at least rumah teres pun ok....janji ada tempat berteduh....

6) menyambung pelajaranku diperingkat MBA...
    australia adalah pilihan aku...kerana sambil belajar aku boleh melancong dan menjelajah negara tersebut..

7) membawa mak ke makkah...
    jika semua aku telah perolehi aku akan membawa mak dan diriku untuk melakukan ibadah haji pula...
    kerana ini adalah hukum islam yang ke 5,dan wajib bagi orang islam yang mampu...

8) membuka butik pengantin/pakaian...
    mugkin kau bukan dalam bidang fesyen,tapi aku boleh untuk menjadi pengurusnya...jadi butik ini akan 
    aku buka bersama adik beradik aku...akak aku akan terlibat untuk baju dan gubahan,yang sulung katering
    adik aku perempuan make-up,yang lelaki akan aku libatkan dalam photographer......aku pun minat 
    photography nie...hope thi drem i will aciehve....

9) membeli camera yang canggih sebab aku minta untuk menangkap panorama yang cukup indah....i will 
    get it......

10) kahwin....
      mugkin lepas aku dah ready n prepare everything with my life...aku inginkan lelaki yang romantik,ikhlas,
      mengambil berat diri ini n my mom....lelaki yang boleh membawa aku kesyurga dan sentiasa bersama-
     samanya disana...amin....

Inilah antara salah 10 impian dan kejayaan yang aku inginkan....sentiasa aku doakan untuk kejayaan ini....
mungkin ini jalan yang aku lalui...susah,keseorangan dan lurus...

atau bersama-sama dengan dia yang memahami........bersama-sama mencapai impian dan kejayaan....

Saturday 5 May 2012

AkHIrNyA AkU tAhU...

akhirnya habis juga untuk semester 3 ni...alhamdulillah,syukur kerana aku berjaya untuk menghabiskan sem ini...aku juga bersyukur kerana aku masih bernyawa dimuka bumi ini...aku juga ingin beryukur atas apa yang aku dapat dalam seharian ini...

aku tahu banyak benda yang terjadi dalam kehidupan seharian aku..misalnya teman baik aku...i know that she hurt...but she never show it to her family...aku tahu dia begitu bimbangkan ibu...namun ini semua kuasa tuhan dan tidak ada siapa yang boleh mengubahnya..andai DIA memberikan kesihatan untuk kita maka akan ada jua kesakitan untuk kita...aku tahu kesakitan yang dialami oleh ibu teman baik aku...kerana mak aku juga turut mengalaminya namun tidaklah sehebat sakitnya ibu...baru-baru ni,ibu dimasukkan kehospital dan ditahan hampir 2 minggu...dan teman baik aku yang menjaganya,mungkin dia letih namun dia harus kuat untuk ibunya...bukan tidak ada adik-beradik yang lain namun...dia yang perlu bertanggungjawab untuk semua...beberapa hari ketika ibu diwad,aku mendapat berita dari dia yang mengatakan...ibu mengalami pendarahan dilehernya,kemungkinan effect daripada operation yang dilakukan...dia mengatkan bahawa dia menyesal kerana dia yang sign untuk pmbedahan ibunya,aku hanya mampu untuk memberi kata-kata semangat supaya dia tidak terus menyalahi dirinya...kemudian aku mendengar berita gembira bahawa ibu telah pun dibenarkan keluar hospital...alhamdulillah,syukur kepadaNYA....

aku tahu...dan aku faham,namun jika aku berada ditempat teman baik aku...mampukah aku untuk menjadi kuat dan tabah sepertinya...mungkin jua aku boleh dan mungkin juga tidak....kerana aku bukannya dia...aku kini belajar untuk menjadi lebih matang dari dulu..kuat dari dulu dan berani dari dulu....
akhirnya aku tahu yang aku memang perlu kuat...jika beginilah keadaan aku dan keluarga...ya aku memang perlu tabah dan sabar dalam menjalani hidup ini...aku rasakan bagai tiada hentinya derita ini.....

pernah kupujuk diri ini....
disebalik derita ini....
pasti ada hikamah menanti...
namun,apa yang aku dapati...
hanya derita demi derita...

derita....

yang terus-terusan menimpa..
entah bila penghujungnya...
apakah ini rahmat penebus dosa...
atau bala yang bertimpa-timpa...
oh tuhan,berikanlah aku jawapannya...

tEmAn AkU iNgIn......

Teman aku ingin...
Teman tersayang...
aku ingin kita sperti Abu Bakar Al-Siddiq...
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq....
harta dikorban bukan sedikit...
cintakan kebenaran, sanggup bersakit...
serta tawakkal Ibrahim mulia...
ketika meninggalkan insan tercinta....
dibumi tandus tanpa bicara...
menyakini allah sebagai penjaga....

Teman aku ingin....
Teman tersayang....
aku impikan antara kita seorang Umar...
berdiri tatkala tunduknya manusia...
bersuara tatkala diamnya mereka...
menggerunkan musuh durjana....
serta senyuman Syed Al-Qutb....
ketika berhadapan dengan tali maut...
akidah mantap tidak terrenggut....
roh dakwahnya tidak surut....

Teman aku ingin....
Teman tersayang...
aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair...
menahan panahan Hajjaj dengan rela...
bersama si ibu tua...
lantas syahid,rohnya terus ke syurga...
marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna...
fikrahnya jernih,menggegar dunia...
merelakan tubuhnya dimamah peluru...
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul...

Teman aku ingin...
Teman tersayang...
aku cintakan pemuda Giffari...
menentang kezaliman walaupun diancam...
mogakan lahir lagi di abad ini....
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram...

Teman aku ingin....
Teman tersayang...
aku ingin kita sepermaaf Yusuf...
tetap mencintai saudaranya...
walaupun dihumban keperigi tua...
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...
aku ingin pusara kita harum mewangi...
bagai harumnya pusara masyitah....
semerbak kasturi...
aku ingin persahabatan indah ini....
bisa menjadi syafaat...
di mahkamah mahsyar nanti...




Monday 9 April 2012

CuBa uNtUk bErTaNgGuNgJaWAb........

aku bukan cepat nak marah orang,tapi bila orang tu dah buat benda yang tak sepatutunya dibuat oleh dia,tu yang menjadi punca aku marah....ada seorang member aku ni...aku suruh buat benda yang mudah dan senang tapi tak juga siap and last2 kita org yang se group ngan dia terpaksa menerima akibat....tapi aku xnak memnjangkan hal ini cukup aku pendam.....

yang menjadi puncanya....dia kurang bertanggungjawab,kadang2 aku sentiasa mengingatkan dia tapi....buat dek je....tu yang aku geram sampai tahap bila aku xbleh sabar....mesti aku meletup....benda senang aku bagi at dia...nak semua perfect tapi....hai macm2.....nk perfect sngt smpai mark pun dpt rendh...ambik kau....perfect sgt...nk marah pun xbleh...dh besar nti jdi gaduh berpnjangan....jadi aku sabar selagi boleh sabr...dan buat dia cuba belajar untuk lbh brtnggungjawab trhdp sesuatu jgn lengahkan kerja yg diberi takut nti jdi mcm nie lgi.........so aku nsihat buat semua...sentiasa menjadi seorng yg brtnggungjawab supaya kita akan diberi kepercayaan dan mudah untuk kita dimasa hadapan


Thursday 5 April 2012

kEhIlAnGaN dAn kEteNaNgAn

hilang....
ya,aku kehilangan....
cinta???
bukan!! tapi ketenangan.....
ketenangan diriku yang hilang....
aku mencari.....
internet,facebook mahupun twitter....
namun aku gagal....
kerana ketenangan itu tiada disana.......
tapi kepada ALLAH....
hanya kepadanya aku berserah....
mungkin apa yang hilang itu....
akan kembali kapadaku...
bukan sahaja ketenangan,malahan juga cinta....
cinta untuk kekasih yakni ALLAH....
cinta untuk keluargaku....
juga cinta buat kamu......
pasti.........


Wednesday 4 April 2012

PeTaNg yAnG InDaH

petang nie....macam biasa tiada ape yang best tapi....indah kerana hari nie aku masak untuk budak bilik2 aku...huhuhu...xtau r sedap k x....heheheeheh mkan jela....lau xsedap aku boleh habiskan tapi aku gembira hahaahhaha.....

kat bawah pulak ada yg tengah main bola tampar....hahahahah..habis bola tu ditampar2 oleh mereka...kesian...
malam ni pulak kelas macam biasa...ok nti aku rasa macam nak kongsi something tapi xdtang idea lagi so tunggu je nanti ek....




Tuesday 3 April 2012

ReSePi KeGeMaRan


Udang Masak Serai Wangi
Bahan-bahan:
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
 Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
Masukkan pati santan dan udang.
Masak hingga naik bau.

cubalah......aku memg suka makn udang....disebabkan aku tiada alahan maka aku gembira menikmati masakan yg ada udang...hahahahaha.........selamat mencuba...........

SeNtIaSa PeRcAyA dEnGan kEuPaYaAN dIri....

Dah lama aku xbuka and update blog ni....punca sebenar aku xupdate sebb aku lupa password hihihihi....biasalah tu..so petang2 mcm nie rasa mcm happy pulak aku bru j ckp ngan mak yang aku rindu at dia...aku gembira sebab aku dpt beri sedikit kebahagian buat ibu tercinta dengan memberi result yg membanggakan untuk semester yg lepas sekarang aku cuma risau untuk exam semester nie pulak....huh...mcm berat j....tpi xpe...kalau malaysia boleh aku pun boleh....kerana aku sudi menerima yg baru.....lulus atau gagal bknlh penentunya tpi usaha kita yg akn menentukan segalanya......jadi ku akn mula fokus untuk peperiksaan yang akan datang....doakan saya berjaya.......
saya boleh


so nie ada beberapa gambar yg aku ambil masa penyampaian anugerah pelajar cemerlang..

tahniah buat rakan2 seperjuangan..
tahniah juga (majlis penyampaian sijil juruteknik computer by MR.Rajan)