Saturday 19 May 2012

InTeNsiVe EnGLiSh pRoGrAM

entry untuk hari nie...tentang program yang aku ikut..iaitu program intensive bahasa inggeris di kolej teknologi alpha seremban 2...aku ikut program ni sebagai mentor kepada pelajar yang daftar msuk....nak kata best jadi mentor ni...emm best r jgak...,tapi baru aku tahu jga budak yang berumur 20 tahun ni bnyak cabarannya...mana nak layan kerenahnya,nak beri nasihat n nak jaga tingkah laku mereka lagi...seriously it's to tired...but i volunteer myself,so i does not regret...

6.5.2012, tepat jam 9.00 pagi ramai yg dtg untuk program yang diberikn...buat aku semua tu xjdi msalah...sebb aku ok je...skrg ni pun aku ok...selagi dorg xbuat msalah dgn aku selagi tu aku jaga dorg mcm adik2 aku...selama seminggu kami memulakan hari sebagai mentor membuat aku lebih sabar dlm menghadapi hari2 aku...hahahahahah....sebb nk mrh xbleh anak org..so tegur jlah....nk dengar dorg dngr... xnk pun xpe sbb dorg yg rugi....ok....,ni ada beberapa gambar masa dorang tgh berlatih...aku jaga group B iaitu group yg diberi nama FLOTILLA.....sedap an mcm bunyi aiskrim...hihihi...ape2 pun aku gembira sbb group aku ni sporting n bleh diharap...itu aku suka...bila bagi task dorg buat n task yg pertama untuk 1st concert adalah bertemakan kerjaya...n we make an drama (title as a office hour)....jdi ni lah gmbar latihan yg dorang lakukan...tempat seperti city park pun menjadi mangsa tempat latihan dorg..hahahah...sbb aku xnk dorg stress gila2...nti aku yg sush...huhuhu  :-).....so enjoy.....
















so nti akan diupload lgi untuk minggu seterusnya...ni pun bnyak lgi...just ambil skit2 je....

Wednesday 9 May 2012

LaGi-lAgI rEsePi


SUP KOBIS DAN KENTANG
Bahan- bahan :

1/2 biji kobis (saiz kecil) -  hiris nipis 
2 - 3 ulas bawang kecil dihiris nipis
1 ulas bawang putih - pecahkan/hiris nipis
1/2 atau 1 biji lada merah dihiris nipis
beberapa ekor udang sederhana besar (lagi banyak lagi bagus sebab udang membuatkan sup rasa manis)
sedikit kiub ikan bilis (Boleh juga ganti dengan kiub ayam).
p1-2 biji kentang - dipotong ikut citarasa sendiri,jika ingin cepat empuk potong dadu kecil-kecil 
garam secukup rasa
air secukupnya 
sos tiram ( jika mahu) 



Cara-cara

1. Tumis serentak bahan hiris , kiub ikan bilis, dan udang. Biarkan sehingga naik bau.

2. Masukkan potongan kentang dan air. Biarkan sampai kentang empuk.

3. Masukkan sedikit sos tiram (boleh juga semasa awal menumis tadi) dan hirisan kobis tadi. Masukkan garam secukupnya ikut selera dan citarasa anda.

4. Biarkan seketika hingga menggelegak semula (terserah anda jika suka kobis tu layu atau sedang-sedang layu) dan tutup api.

Tambahan:


Semua bahan-bahan di atas anda boleh lebihkan atau kurangkan mengikut selera anda.

Saiz hidangan : 1 -2 orang

Monday 7 May 2012

kEjAyAaN.....iMpIAn.......

aku ada impian dan pasti yang lain ada impian mereka tersendiri...impian aku banyak,some of my dream had come true....sekarang ni pun aku tengah cuba untuk terus mencapai impian aku yang masih belum tercapai...kalau nak tahu impian aku,aku bloleh bagi tahu...tapi mesti ada yang mentertawakannya....kenapa aku cakap macam ni?sebab aku pernah mengalaminya...bukan sikit yang ketawa tapi ramai...dan itulah salah satu sebab kenapa aku inginkan kejayaan...aku nak membuktikan apa yang aku impikan selama ni akan aku peroleh demi diri aku sendiri dan mak aku...kerana ada impian yang aku dan mak kongsi...

impian-impian aku.....

1) memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan...
    upsr (alhamdulillah dah settle n very succesfull)
    pmr (sama juga aku berjaya mengharunginya dengan keputusan 3A 6B),mugkin tiada A yang banyak tapi      
    aku bersyukur dengan apa yang aku peroleh.
    spm (telah aku lakukan yang terbaik sehingga berjaya memperoleh a good result..)
    stpm (aku memang bertekad untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat stpm supaya mudah aku sambung
    dalam degree)dan keputusannya pun melayakkan aku...

Dan sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran dalam degree pula iaitu BBA (hons)in technology    management.Alhamdulillah baru-baru ni aku terima anugerah dekan untuk semester yang ke-2,dan aku harap aku akan berjay merangkul anugerah dekan untuk sem-sem yang akan datang...

2) mendapat lesen kereta selepas tamat spm
     impian yang ini telah pun tercappai dan kini aku telah pun mempunyai lesen memandu dan telah hampir 6
     tahun aku telah memandu tanpa berlakunya kemalangan yang besar.

3) membeli sebuah kereta atas nama aku sendiri....
   mengikut kiraan yang telah aku lakukan aku akan membeli sebuah kereta selepas tamatnya pengajian
   aku di peringkat degree...insyaallah...

4) bekerjaya sebagai seorang pegawai bank/pensyarah dimana-mana ipt....
    kerana sejak kecil lagi aku berminat untuk menjadi seorang pensyarah....amin...

5) membeli rumah sendiri buat mak tercinta.... 
   at least rumah teres pun ok....janji ada tempat berteduh....

6) menyambung pelajaranku diperingkat MBA...
    australia adalah pilihan aku...kerana sambil belajar aku boleh melancong dan menjelajah negara tersebut..

7) membawa mak ke makkah...
    jika semua aku telah perolehi aku akan membawa mak dan diriku untuk melakukan ibadah haji pula...
    kerana ini adalah hukum islam yang ke 5,dan wajib bagi orang islam yang mampu...

8) membuka butik pengantin/pakaian...
    mugkin kau bukan dalam bidang fesyen,tapi aku boleh untuk menjadi pengurusnya...jadi butik ini akan 
    aku buka bersama adik beradik aku...akak aku akan terlibat untuk baju dan gubahan,yang sulung katering
    adik aku perempuan make-up,yang lelaki akan aku libatkan dalam photographer......aku pun minat 
    photography nie...hope thi drem i will aciehve....

9) membeli camera yang canggih sebab aku minta untuk menangkap panorama yang cukup indah....i will 
    get it......

10) kahwin....
      mugkin lepas aku dah ready n prepare everything with my life...aku inginkan lelaki yang romantik,ikhlas,
      mengambil berat diri ini n my mom....lelaki yang boleh membawa aku kesyurga dan sentiasa bersama-
     samanya disana...amin....

Inilah antara salah 10 impian dan kejayaan yang aku inginkan....sentiasa aku doakan untuk kejayaan ini....
mungkin ini jalan yang aku lalui...susah,keseorangan dan lurus...

atau bersama-sama dengan dia yang memahami........bersama-sama mencapai impian dan kejayaan....

Saturday 5 May 2012

AkHIrNyA AkU tAhU...

akhirnya habis juga untuk semester 3 ni...alhamdulillah,syukur kerana aku berjaya untuk menghabiskan sem ini...aku juga bersyukur kerana aku masih bernyawa dimuka bumi ini...aku juga ingin beryukur atas apa yang aku dapat dalam seharian ini...

aku tahu banyak benda yang terjadi dalam kehidupan seharian aku..misalnya teman baik aku...i know that she hurt...but she never show it to her family...aku tahu dia begitu bimbangkan ibu...namun ini semua kuasa tuhan dan tidak ada siapa yang boleh mengubahnya..andai DIA memberikan kesihatan untuk kita maka akan ada jua kesakitan untuk kita...aku tahu kesakitan yang dialami oleh ibu teman baik aku...kerana mak aku juga turut mengalaminya namun tidaklah sehebat sakitnya ibu...baru-baru ni,ibu dimasukkan kehospital dan ditahan hampir 2 minggu...dan teman baik aku yang menjaganya,mungkin dia letih namun dia harus kuat untuk ibunya...bukan tidak ada adik-beradik yang lain namun...dia yang perlu bertanggungjawab untuk semua...beberapa hari ketika ibu diwad,aku mendapat berita dari dia yang mengatakan...ibu mengalami pendarahan dilehernya,kemungkinan effect daripada operation yang dilakukan...dia mengatkan bahawa dia menyesal kerana dia yang sign untuk pmbedahan ibunya,aku hanya mampu untuk memberi kata-kata semangat supaya dia tidak terus menyalahi dirinya...kemudian aku mendengar berita gembira bahawa ibu telah pun dibenarkan keluar hospital...alhamdulillah,syukur kepadaNYA....

aku tahu...dan aku faham,namun jika aku berada ditempat teman baik aku...mampukah aku untuk menjadi kuat dan tabah sepertinya...mungkin jua aku boleh dan mungkin juga tidak....kerana aku bukannya dia...aku kini belajar untuk menjadi lebih matang dari dulu..kuat dari dulu dan berani dari dulu....
akhirnya aku tahu yang aku memang perlu kuat...jika beginilah keadaan aku dan keluarga...ya aku memang perlu tabah dan sabar dalam menjalani hidup ini...aku rasakan bagai tiada hentinya derita ini.....

pernah kupujuk diri ini....
disebalik derita ini....
pasti ada hikamah menanti...
namun,apa yang aku dapati...
hanya derita demi derita...

derita....

yang terus-terusan menimpa..
entah bila penghujungnya...
apakah ini rahmat penebus dosa...
atau bala yang bertimpa-timpa...
oh tuhan,berikanlah aku jawapannya...

tEmAn AkU iNgIn......

Teman aku ingin...
Teman tersayang...
aku ingin kita sperti Abu Bakar Al-Siddiq...
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq....
harta dikorban bukan sedikit...
cintakan kebenaran, sanggup bersakit...
serta tawakkal Ibrahim mulia...
ketika meninggalkan insan tercinta....
dibumi tandus tanpa bicara...
menyakini allah sebagai penjaga....

Teman aku ingin....
Teman tersayang....
aku impikan antara kita seorang Umar...
berdiri tatkala tunduknya manusia...
bersuara tatkala diamnya mereka...
menggerunkan musuh durjana....
serta senyuman Syed Al-Qutb....
ketika berhadapan dengan tali maut...
akidah mantap tidak terrenggut....
roh dakwahnya tidak surut....

Teman aku ingin....
Teman tersayang...
aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair...
menahan panahan Hajjaj dengan rela...
bersama si ibu tua...
lantas syahid,rohnya terus ke syurga...
marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna...
fikrahnya jernih,menggegar dunia...
merelakan tubuhnya dimamah peluru...
demi menegakkan kalam Allah dan Rasul...

Teman aku ingin...
Teman tersayang...
aku cintakan pemuda Giffari...
menentang kezaliman walaupun diancam...
mogakan lahir lagi di abad ini....
jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram...

Teman aku ingin....
Teman tersayang...
aku ingin kita sepermaaf Yusuf...
tetap mencintai saudaranya...
walaupun dihumban keperigi tua...
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya...
aku ingin pusara kita harum mewangi...
bagai harumnya pusara masyitah....
semerbak kasturi...
aku ingin persahabatan indah ini....
bisa menjadi syafaat...
di mahkamah mahsyar nanti...