Sunday, 17 February 2013

SuSaH nAk MeMpElAjArInYa...

Bukan senang nak mempelajari sesuatu. hidup, pendidikan, cinta atau pun apa2 yang berkaitan dengan dunia pinjaman ILAHI nie. Macam sekarang ni...aku dh tahun akhir at KOLEJ TEKNOLOG ALPHA...Aku memohon beribu-ribu terima kasih buat DR HAMZAID yang telah banyak beri peluang untuk aku belajar dan memperolehi result yang begitu baik... Seperti yang aku katakan bukan mudah untuk berjaya,jadi peluang yang diberi perlu digunakan dengan sebijak mungkin supaya masa depan terjamin..

Dengan peluang yang diberi aku cuba untuk mengubah hidupku, mungkin tidak terlalu banyak yang dapat aku ubah,namun cukup aku bermula dari bawah dahulu,kerana banyak yang mengajar kita bila kita bersedia untuk bermula dari bawah...cuba untuk berubah dari kebiasaan barulah hidup akan menjadi lebih meriah dan berwarna-warni...bila dah menjadi kebiasaan seseorang tentang sesuatu habitnya maka jika diubah pasti akan terkeluar dari landasan...namun itu bukan bererti kita akan terus barada di landasan yang berlainan daripada orang lain namun kita cuba untuk berbeza sedikit dan tidak lari dari landasan kita...bukan mengikut landasan orang yang lain sesuka hati kita tanpa tujuan yang pasti...jadikan landasan kita itu penuh makna dan tujuan yang satu...

Memang susah untuk mempelajari sesuatu...tapi setiap yang susah pasti ada penyelesaian dan jawapan untuk setiap yang susah dan dipermudahkan...


Friday, 25 January 2013

nAk cArI TeMaN.... sEtIa HuJuNG NyAwA...aDa k??

Hampir nak berputus asa bila cinta pertama kita gagal...ye memang sakit bila cinta pertama itu gagal...macam aku punya first love...betapa sayang atau cinta aku dekat dia,tetap berpisah sebab jodoh aku bukan dengan dia...jadi aku hilang semangat dan hilang rasa untuk terus bercinta,takut hadir sama macam cinta pertama aku...dia pernah membahagiakan aku dengan kehadirannya aku tidak pernah rasa kosong dan sentiasa dipenuhi dengan hari-hari yang bahagia...namun hanya seketika bila dia meninggalkan aku...habis pengorbanan yang aku lakukan untuk dia tidakkah bermakna?pasti tidak....ya aku tahu itu...merana dan sakit hati aku ni telah membuatkan aku kecewa dengan lelaki....tapi aku percaya cinta untuk aku masih ada...namun masih belum hadir buat aku...kini aku selesa dengan kehidupan kini...walaupun seorang...life must go on...

Nak cari teman hidup bukan senang...banyak cabarannya...kalau tiada cabaran pasti aku tidak akan bersendirian lagi....kini usia aku hampir mencecah 23 tahun...xsangka aku dah meningkat usia...ingatkan masih lagi remaja yang berusia 15 tahun...hihihihi....kalau masa boleh berputar pasti akau ingin kembali ke zaman kecil2 dulu...biarpun hidup xsenang janji aku bahagia...biarpun tanpa cinta lagi...aku sudi untuk hidup di zaman itu...betapa nikmatnya hidup....tidak ada yang boleh menyakiti perasaan aku...tak perlu untuk memikirkan masalah mencari teman hidup....terasa zaman itu...semuanya dunia aku....

Umur 23 tahun...memang muda...namun ramai juga yang tanya...bila nak makan nasi minyak...ini yang buat aku penat nak jawab...last2 aku jawab...tunggu mak carikan menantu...senang je...tapi semua tu bukan mudah...lebih2 lagi...member2 pun ramai dah kahwin,bertunang,ada steady boyfriend....aku??habuk pun tak ada....hahahahhah...kadang2 diorang jemput pergi majlis diorang pun aku elak...takut nak jawab pertanyaan orang lain...buat masa nie baik aku bersendirian...sebab senang nak fokus pembelajaran aku dan mencapai sesuatu yang belum tercapai...orang lain sibuk kerja,sibuk jaga rumah tangga,...aku ni pulak sibuk kelek buku...bukan ape sebenarnya...selagi boleh belajar aku akan terus belajar....menuntut ilmu itu satu amanah...dan cinta itu fitrah...jadi amanah ke fitrah yang perlu diutamakan...segalanya ketentuan tuhan...kalau jodoh aku cepat...maka cepatlah aku jumpa imamku...jika lambat terpaksalah aku berimamkan imam kat masjid saja...hahahah...

Kadang-kadang aku terfikir juga...sampai bila nak sorang macam ni kan...jadi aku tak nak peningkan kepala aku.. maka aku biarkan takdir yang menentukan segalanya...mungkin sebab dosa2 masa lampau aku...aku diberi punishment yang sepadan dengan dosa yang aku buat dahulu...aku pasrah...tiada manusia yang tiada masa lampau yang hitam...hidup dulu dan kini berbeza....genap 5 tahun sejarah hitam itu...namun masih berdarah dan pedih menikam jiwa...tiada siapa yang tahu derita diri ini....namun aku masih diberi secebis harapan untuk bertaubat...dan aku berdoa semoga aku diberi keampunan dariNYA....duka yang aku tanggung masih membayangi hidup ini...aku masih berharap ada yang sudi menerima aku dan setia hujung nyawa...kerana aku setia pada yang satu....selepas dia tiada lelaki lain...namun kesetiaanku dibalas dengan kecurangannya dan kehancuranku bermula darinya.....semangat yang aku dapat kini jua kerana kebencian aku terhadapnya...sehingga aku berada dimana aku berada....kerana aku percaya disebalik kedukaan pasti ada bahagia.....



Thursday, 13 December 2012

pErJaLAnAn ItU......


perjalanan mereka bermula tanggal 29/11/2012...di mana mereka datang dari pelbagai negeri...dari negeri dibawah bayu sehingga ke selatan tanah air.. tiada jarak dn masa yg boleh di lepaskan...namun mereka berani untuk menghadapi cabaran sebagai student english intensive program selama 2 bulan....fuh...siapa yang mampu untu menghadapinya...bagi mereka yang datang dari sabah dan sarawak....kos srta kerinduan amat tinngi bgi mereka...demi mencapai satu kejayaan dalam hidup mereka perlu jua melepaskan sesuatu yang mereka sayang....

merekalah adik2 saya serta menti saya ketika saya menjadi mentor untuk program ini....dengan kerjasama mereka berjaya membentuk satu kumpulan yang diberi nama "AURORA SYNERGY"...nice an nama nie...tgok lah sape mentornya...huhuhuhu.... 

perjalanan itu telah membawa mereka untuk mengenal dan mencari apa yang terpendam dalam diri mereka...mungkin setelah persahabatn yang diterima...mereka berjaya untuk membentuk pasukan yang kuat...kerana mereka telah memenangi banyak pertandingan pada masa "ICE BREAKING CONCERT"
mungkin sedikit kekusutan dan sedikit kapayahan menjadikan aku jua turut bersabar dan menjadikan mereka lebih kuat dari pasukan yang lain....dengan theme yang diberi "INTEGRATION"....mereka berjaya membentuk satu kerjasama yang begitu menakjubkan....

buat adik2 akak...ini hanyalah sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan...jgan pernah give up terlalu awal kerana kita masih belum mencuba lagi....dan "CONGRATULATION"....akak ucapkan buat kamu semua...

 ada pulak yang menyibuk....hahahah...nak enter frame je....pape pun xpe...akak xmarah.... 
 nilah...4 orang hero saya yang berasal dari sabah, sarawak and kelantan....cute k???
semoga...pengenalan mereka hingga ke akhir....
cantik an heroin2 saya...terima kasih kerana terima akak sebgai mentor korang yang pling sporting...hahahah... 
tetap dalam kenangan...."TAHNIAH"...sekali lagi....

Monday, 10 December 2012

nak tau nie sape???
nama dia jasrin and he will present at our concert... for (intensive bahasa inggeris)...
actually he would sing a song... how could this happen to me...enjoy...
maybe xberapa ok video ni...hihihi...
harap2... dia akan membuat org lain lebh terpukau....

Monday, 8 October 2012

HaNyA dIa yAnG sAtU....

"Saya dah ada KEKASIH,
DIA akan HUBUNGI saya Setiap Hari, 5kali Sehari
DIA yang Paling FAHAM saya, dan Apa-apa pon DIA KENAL sangat saya,Kalau saya Susah ke ataupun saya Sakit, DIA selalu ada masa untuk saya,DIA tak pernah lupa JANJI DIA, untuk sentiasa BERADA diSISI saya..." :)
 ♥♥♥

Hanya DIA yang SATU..

mungkin kita pernah dengar ayat ini dalam satu movie... "salam cinta"...tapi fahamkah kita akan maksudnya?? ye aku cuba memahami dan memasukkan ke jiwa dan sanubari aku...memg dia bukanlah tandingan kita...kerana kita hanyalah hamba-hambanya yang lemah...memikirkannya hanya bila kita lemah...dimana kita ketika kita sihat ketika kita kuat ketika kita bergembira...lupa kita akan kewujudannya...mashaallah....hinanya kita...sedangkan kita  tidak pernah lupa akan kekasih kita,jika mereka sakit laju shaja kita menghadap mereka...tetapi ALLAH???? 

aku bukanlah sesiapa yang suci mahupun sempurna jiwa....kerana aku sendiri berdosa dan membuat kesalahan....tanpa aku sedari aku lupa akanNYA...namun bila aku jatuh bila aku kecewa...DIA ada untuk membantu lukaku yang hampir-hampir membawaku ke lembah yang kosong dan paling dalam...aku tidk berdaya ketika itu...aku hilang pertimbangan aku hilang segalanya dengan sekelip mata...namun DIA tidak pernah membuat aku rasa kehilanganNYA...DIA memahami aku namun aku tetap alpa....

adanya DIA aku kembali memulihkan semangat....aku kembali untuk memuhasabahkan diriku...bantuan dan semangt yang ada yang diberi oleh keluarga dan sahabatku...aku jdi semakin sebak kerana aku hampir lupa akan mereka...gara-gara cinta seorang lelaki yang palsu...aku lupakan mereka seketika....tapi kini aku ingin berterima kasih atas perpisahan ini...kerana aku belajar untk menjadi lebih kuat...belajar unuk mendekatkan diri terhadap penciptaku...ibuku...membuatkan diri aku berada ditempatku sekarang...aku semakin mengerti akan hidupku...umurku jua mengajar aku....aku ingin menutup seketika hatiku ini untuk terus menerima cinta dari seorang lelaki...kerana aku takut aku akan kembali alpa...jauh dariNYA...jika aku bercinta maka aku memohon agar bakal imamku mencintai ALLAH terlebih dahulu kerana aku juga sedang mencari cinta ALLAH dan sinarNYA....aku juga ingin menjadi makmum yang sentiasa dirhedai ALLAH dan sentiasa dijalannya...

ini harapanku....






Sunday, 30 September 2012

KePaDaNYA kUsErAhKAn SeGaLaNyA

sejenak aku berfikir... benarkah apa yang aku inginkan...melepaskan segala perasaan ini agar sidia dapat memahami...aku cuba untuk merealisasikan perasaan ini, namun...aku pasti bukan mudah untkuku meluahkannya...aku semakin bingung sama ada aku perlu simpan dan pendam atau merhedakan segalanya demi kebahagian dia atau demi persahabatan kami...aku sayangkn dia kerana dia sahabat yang baik...mugkin aku akan lepaskan perasaan cinta buatnya...kerana aku tidak mahu sahabatku hilang...biarlah dia bahagia dengan apa yang dipujakan...

cinta dan kasih pasti akan datang buat diriku..namun aku perlu sabar dalam menunggu jodohku sendiri...aku hanya mendoakan yang terbaik akan tiba selepas ini...biarlah yang datang itu baik atau jahat, kacak atau xberapa kacak, tinggi atau rendah mahupun kaya atau tidak berharta...aku ikhlas kerana aku bukanlah sesiapa yang perlu memilih kerana aku sendiri ada buruk baiknya...tetapi andai aku diberi pilihan...maka aku berdoa agar dikurniakan seorang bakal pemimpin yang boleh membawa aku kearah jalan yang diredhai illahi..seorang suami yang soleh dan boleh memimpin aku serta mampu mempertahankan rumahtangga kami nanti hingga kesyurga...itu harapanku...namun untuk itu...aku sendiri perlu berubah untuk menjadi seorang yang soleha dulu..berubah demi kebaikan itu tdak salah...

"don't judge me by my past...because i did not live in that life 
anymore"..
.kata-kata ini menyedarkan aku untuk meneruskan hidup agar tidak ada lagi mana-mana manusia yang akan mengungkit sejarah silam diriku...sejarah hanya tinggal sejarah..aku ingin menjadi seorang yang baru dan hidup diredhai allah..kerana aku juga manusia yang perlu dipimpin...aku bukanlah manusia yang kuat jika dilihat dari fizikal diriku...mungkin aku kasar namun aku ingin dimanja dan disayangi...kerana aku juga wanita yang perlu kasih dan sayang yang abadi...apa yang mampu aku katakan...takdir ini kuserahkan kepadaNYA...hidupku juga kuserahkan padaNYA...kerana aku hanyalah hamba yang hina....










Saturday, 7 July 2012

kErInDuAn.....

ketika ini aku baru terfikir dan aku merasa sesuatu kerinduan....di mana aku amat merindui seorang insan yang bernama abah...kenapa abah pergi meninggalkan kami...kenapa tinggakan mak dengan hutang2 abah n kenapa abah pergi tanpa berita...kenapa abah??tidak wujud lagikah kasih sayang abah untuk kami....??

kerana abah meninggalkan kami...aku dapat rasa perubahan dalam hidup kai...adik2 aku terbiar...aku sendiri  ketandusan di tengah2 padang pasir yang asing...almost 3 years kita tak berjumpa....kenapa sekarang abah tinggalkan kami bukan ketika kami masih kecil....abah kejam....abah telah merobek2 perasaan aku,mak dan adik2 aku....kebencian pernah wujud dalam hati ini namun aku tak boleh membenci seorang insan yang bergelar abah....

abah....hilangmu dari hidup kami membuatkan aku lebih kuat untuk menjalani kehidupan ini...kerana aku seorang anak yang terlalu inginkan kasih sayang,dan kini aku banyak mengalami kehidupan yang agak jauh tersimpang sebeum ini....mujur ALLAH masih sayangkan aku...aku kembali kepadaNYA....alhamdulillah...aku inginkan keluarga aku semula....

walaupun hampir ke angka 22 tahun...aku masih tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna...aku inginkannya,namun aku tahu mungkin belum masanya....dan aku terlalu inginkan satu keluarga yang cukup besar dan aman sejahtera....

right now i know how my life n how my heart....something was missing at some time i need it....i really2 need my family to became like my children past....no harmful,no interruption and no other bad feeling....

i'm sad :-(