Wednesday 9 May 2012

LaGi-lAgI rEsePi


SUP KOBIS DAN KENTANG
Bahan- bahan :

1/2 biji kobis (saiz kecil) -  hiris nipis 
2 - 3 ulas bawang kecil dihiris nipis
1 ulas bawang putih - pecahkan/hiris nipis
1/2 atau 1 biji lada merah dihiris nipis
beberapa ekor udang sederhana besar (lagi banyak lagi bagus sebab udang membuatkan sup rasa manis)
sedikit kiub ikan bilis (Boleh juga ganti dengan kiub ayam).
p1-2 biji kentang - dipotong ikut citarasa sendiri,jika ingin cepat empuk potong dadu kecil-kecil 
garam secukup rasa
air secukupnya 
sos tiram ( jika mahu) 



Cara-cara

1. Tumis serentak bahan hiris , kiub ikan bilis, dan udang. Biarkan sehingga naik bau.

2. Masukkan potongan kentang dan air. Biarkan sampai kentang empuk.

3. Masukkan sedikit sos tiram (boleh juga semasa awal menumis tadi) dan hirisan kobis tadi. Masukkan garam secukupnya ikut selera dan citarasa anda.

4. Biarkan seketika hingga menggelegak semula (terserah anda jika suka kobis tu layu atau sedang-sedang layu) dan tutup api.

Tambahan:


Semua bahan-bahan di atas anda boleh lebihkan atau kurangkan mengikut selera anda.

Saiz hidangan : 1 -2 orang

No comments:

Post a Comment